Jue Aziz Terkilan Bapa Tak Sempat Timang Cucu, Sempat Mohon Maaf

Berkongsi kisah mengenai ayahnya, Abdul Aziz Maidin, yang seakan-akan merajuk pada Aidilfitri ini, pelakon Jue Aziz tidak menyangka perkara tersebut sebagai petanda pemergian bapa tersayangnya itu. Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan Nilai pada malam tadi.

“Saya terkilan sebab belum mengandung lagi dan bapa tidak sempat tengok cucunya. Abah berkelakuan agak pelik kebelakangan ini sebab dia macam merajuk dengan kami semua. Rupa-rupanya abah hendak pergi (meninggal) patutlah dia jadi sensitif dan merajuk dengan anak-anak”

“Kali terakhir saya berjumpa arwah pada malam tadi (semalam) di hospital. Dia buka-buka mata saja dia peluk saya. Saya dan adik-beradik sempat minta maaf, namun saya reda sebab doa saya agar abah pergi pada hari dan waktu yang baik ditunaikan Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Bapa Jue Aziz yang berusia 67 tahun meninggal dunia pada petang semalam akibat serangan jantung di sebuah hospital di Seremban malah perkara tersebut turut membuatkan mereka sekeluarga terkejut kerana sebelum ini bapanya hanya menghidap kencing manis dan darah tinggi
SHARE

Milan Tomic

Hi. I’m Designer of Blog Magic. I’m CEO/Founder of ThemeXpose. I’m Creative Art Director, Web Designer, UI/UX Designer, Interaction Designer, Industrial Designer, Web Developer, Business Enthusiast, StartUp Enthusiast, Speaker, Writer and Photographer. Inspired to make things looks better.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment